FSU Anjur program Kepimpinan di SMAPT

Oleh: Asniah Abdullah

Nilai- Pelajar tahun 2 Program Fiqh dan Fatwa,Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) telah mengadakan Program motivasi dan kepimpinan di Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar (SMAPT),

Jerantut Pahang dengan kerjasama Majlis Mahasiswa Anak Pahang (MAMPAN) Yayasan Pahang, pada 12 sehingga 14 Mac 2010.

Seramai 46 orang fasilatator dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan pelajar dari SMAPT yang terlibat dengan kursus kepimpinan ini.

Objektif utama program ini adalah untuk membantu meningkatkan kemahiran soft skill dan kepimpinan dikalangan pelajar SMAPT serta membantu pelajar-pelajar sekolah menerapkan nilai-nilai murni di kalangan masyarakat setempat.   

Program ini menerima sambutan yang baik dari pihak sekolah dan pelbagai aktiviti dijalankan, antaranya ice-breaking, Latihan dalam kumpulan (LDK), aktiviti malam kebudayaan, sukan explorace dan ramah mesra dengan fasilatator. 

Majlis perasmian program ini dirasmikan oleh Najib Bin Abdullah, Ketua Program Fiqh dan Fatwa (FSU) dan Penolong Pengurus Bahagian Bantuan Pendidikan Yayasan Pahang, Khairul Anwar Bin Abu Bakar.

“Program ini sangat bagus untuk menghilangkan rasa malu apabila kami keluar dari sekolah ini nanti untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi dengan dunia luar,”menurut salah seorang pelajar Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar.

Menurut Asma Bin Abdulah, guru agama Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar, “program seperti ini dapat membantu pelajar mengetahui tentang kepimpinan dalam mendidik diri seorang pelajar menjadi pemimpin.”

Beliau berharap agar ada lagi program sebegini pada masa akan datang demi mendidik dan membentuk sifat kepimpinan dalam diri para pelajar.

Search site

© 2010 All rights reserved.