MPS Nilam Court Bertemakan 1Malaysia

Oleh:Saadah Mamat

Nilai- Pada 27 Mac baru-baru ini, Jawatankuasa Kebajikan Siswa Asrama Kolej Kediaman Nilam Court (JAKSA) telah menganjurkan Malam Perdana Siswa (MPS) yang bertempat di Hotel Royale Bintang, Seremban yang bertemakan konsep Satu Malaysia.

Majlis ini adalah merupakan acara tahunan yang dinantikan oleh mahasiswa saban tahun dan untuk memberi penghargaan kepada kepada siswa dalam memberikan sumbangan tenaga dan buah fikiran mereka untuk menaikan nama kolej kediaman. Malam Perdana Siswi telah dirasmikan oleh Prof. Dato’ Dr Asin Bin Dollah dengan gimik perasmian huruf satu.

Disamping itu, pelbagai aktiviti menarik yang diadakan pada malam tersebut seperti persembahan kesenian, persembahan nasyid, anugerah Prince of the night, anugerah atlet terbaik, rumah paling bersih dan pelbagai anugerah dipertandingkan.

Menurut Rabiatul Adawiyah Mohd Hosni, FSU, kelainan MPS tahun ini adalah diadakan di Hotel berbanding tahun-tahun sebelumnya yang diadakan di dewan biasa. Dari segi perancangan pula kami terpaksa berkerja keras kerana kami hanya mempunyai tempoh lebih kurang sebulan sebelum majlis ini berlangsung dan ini amat memenatkan kerana kami banyak berurusan dengan orang luar, katanya.

Nor Asiah Aziz @Abdul Aziz berkata, “saya berasa gembira dan teruja sebab inilah kali pertama saya menyertai MPS dan adanya MPS ni dapat merapatkan hubungan dengan sesama pelajar”. Disini juga saya dapat melihat suasana protokol itu perlu dalam menjalankan sesuatu program, katanya.

Search site

© 2010 All rights reserved.