Sumbangan Wanita Dalam Pembangunan Negara

Oleh: Nik Nadira, Harisah, Fakrurrazi

                Kerjaya polis menjadi pilihan wanita sekarang

 

Wanita oh wanita. Di mana-mana saja kita pasti akan melihat dan menemui mereka. Ada peribahasa mengatakan “setiap kejayaan seorang lelaki itu pasti ada wanita di belakangnya”. Memang kita tidak

dapat menafikan kenyataan ini. Lihat sahaja apa yang berlaku di sekeliling kita, setiap kejayaan seorang Adam pasti ada seorang Hawa di sebaliknya yang menjadi pendorong dan pencetus semangat.

Allah telah mengutuskan lelaki dan perempuan ke bumi ini sebagai khalifahNya dengan memikul tugas bagi memakmurkan bumi dan mengimarahkanya. Masing-masing mempunyai tugas berat yang perlu dilaksanakan mengikut keupayaan dan kemampuan.

Usaha untuk memenuhi tanggungjawab itu turut melibatkan perubahan daripada kebiasaan di mana wanita kini lebih menyerlah dan ramai menceburi bidang yang selama ini hanya didominasi oleh kaum lelaki baik dalam bidang professional atau bidang lain. Tindakan wanita untuk memilih kerjaya yang difikir hanya layak untuk kaum lelaki bukan bertujuan untuk mencabar atau bersaing, tetapi untuk bersama membangunkan diri, agama, bangsa dan negara keseluruhanya.

Setiausaha agung CUEPACS, Ahmad Shah Mohd Zain telah membuat kenyataan baru-baru ini yang meluahkan kebimbangan berikutan penguasaan penjawat wanita dalam sektor awam yang semakin meningkat sekarang. Kenyataan itu tidak seharusnya disuarakan kerana ianya seolah-olah cuba menidakkan keupayaan wanita dalam usaha untuk membangunkan negara. Peluang yang sama harus diberikan sama ada lelaki mahupun wanita bergantung kepada kebolehan dan potensi diri mereka.

Status data pengisian maklumat mengikut jantina dan kumpulan perkhidmatan sehingga Februari 2010 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam menyatakan bahawa ;

Jika dilihat secara keseluruhan, memang jelas terbukti kaum Hawa menguasai sektor awam. Namun tidak ada apa yang perlu dihairankan kerana pemilihan mereka untuk menduduki jawatan tinggi dalam sektor awam dinilai berdasarkan kecemerlangan dan kualiti mereka.

Wanita sebenarnya adalah nadi pembangunan negara. Empat puluh lima peratus (Statistik 2007) dari warga wanita hari ini adalah bekerjaya. Tidak kira di sektor mana sekali pun, jumlah wanita adalah yang paling ramai. Wanita juga menjadi nadi pengerak masyarakat, kerana wanita itu turut berperanan dalam bidang ekonomi. Ini berdasarkan bertambahnya usahawan wanita yang berjaya di dalam pelbagai industri, seperti kesihatan dan kecantikan, industri makanan dan sebagai nya.

Dalam pendidikan, wanita lebih jauh meninggalkan jumlah lelaki. Ini terbukti persaingan di Institusi Pengajian tinggi, maktab perguruan, sekolah-sekolah atau di mana-mana sekali pun. Wanita ada di mana-mana. kemasyarakatan dan sosial pula banyak membantu negara di dalam soal memelihara kebajikan masyarakat dan rakyat.

Sesetengah pihak tidak seharusnya menjadikan ini sebagai satu isu besar untuk diperdebatkan kerana masingmasing samaada lelaki mahupun wanita mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Adalah lebih baik untuk kita menerima situasi ini sebagai satu persaingan bagi mewujudkan suasana yang lebih sihat. Lelaki boleh menjadikan isu ini sebagai satu cabaran untuk berusaha lebih gigih bagi bersaing dengan kaum wanita dan tidak hanya mendiamkan diri. Masing- masing mempunyai keupayaan untuk menonjolkan diri.

Dalam dunia yang semakin kedepan sekarang dengan pembaharuan dan kemodenan, isu sebegini tidak seharusnya timbul. Pendapat dari setiausaha agung CUEPACS itu sudah tentu ditentang ramai kerana isu siapa yang lebih hebat antara lelaki dan perempuan tidak mungkin akan menemuai jalan penyelesaiannya walaupun sering diperdebatkan.

Memetik kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ia merupakan fenomena global dan seharusnya tidak menjadi masalah asalkan mereka berkeupayaan, berkebolehan serta berkelayakkan. Sememangnya kajian menunjukkan yang kaum wanita di seluruh dunia kini semakin menguasai kerjaya-kerjaya penting termasuk menjadi pemimpin nombor satu sesebuah negara yang dahulunya hanya dikuasai oleh kaum lelaki.

Jika dilihat Rasulullah SAW pada zaman pemerintahanya, turut mengembalikan semula peranan wanita sebagai kelompok yang cukup  bermakna dalam menyumbang bakti untuk kemajuan dan pengembangan Islam. Wanita terutama isteri Rasulullah kerap kali menjadi jurucakap dan wakil Baginda dalam menyampaikan hukum Allah sama ada kepada kaum wanita mahupun lelaki. Malah kaum Hawa ini juga turut berperanan penting di medan peperangan. Rabiah berkata bahawa Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud, “kami ikut serta dalam peperangan bersama nabi Muhammad, kami memberi minum kepada satu kaum dan kami berkhidmat kepada mereka dan kami membawa para pesakit dan orang yang terkorban ke Madinah. (Hadis riwayat Bukhari)

Tanggapan yang sering dilemparkan kepada kaum wanita adalah mereka perlu bekerja keras dua kali ganda dari lelaki kerana sifatnya yang lemah dan sering dipandang rendah. Namun apa yang kita lihat hari ini jauh berbeza daripada segala tanggapan negative berikut. Wanita kini tampil lebih bijak dan bergaya dalam memastikan hal kerjaya dan rumah tangga dapat dilakukan secara sempurna. Menceburi bidang yang biasa dimonopoli oleh kaum lelaki memaksa wanita untuk berusaha keras dan berani berdepan dengan risiko. Tindakan ini perlu agar wanita tidak dipandang lemah dan diperlakukan sesuka hati oleh kaum lelaki.

 

Isu dan Cabaran Wanita Berkerjaya

¨ Diskriminasi di tempat kerja

 

Walaupun, kejayaan wanita setaraf dengan lelaki tetapi kita masih juga melihat kewujudan diskriminasi dan penganiyaan terhadap kaum wanita dalam sektor ini. Wanita tidak diberikan layanan yang saksama di tempat kerja contohnya di Malaysia, di kebanyakan syarikat, wanita diberi gaji yang agak rendah berbanding dengan kaum lelaki walaupun kerja dibuat adalah sama berat.

Penghalang bagi wanita dalam pasaran sektor pekerjaan sememangnya telah wujud sejak dahulu lagi. Terdapat beberapa sebab yang menjadi penghalang untuk memperkasakan wanita ini. Antara halangan terbesar kepada golongan wanita termasuklah polisi pakaian syarikat yang mengekploitasi tubuh badan wanita, terutamanya kepada wanita muslim yang sewajibnya menutup aurat.

Gangguan seksual yang kerap berlaku juga membantutkan minat untuk golongan wanita bekerja. Lebihlebih lagi pelaku utamanya adalah rakan sekerja dan lebih teruk jika pelakunya adalah bos sendiri. Gangguan seksual boleh merangkumi pelbagai cara termasuklah dari aspek pertuturan, tingkah laku, sentuhan, isyarat kelucahan, mahupun menunjukkan gambar-gambar lucah di tempat kerja.

Tidak dapat dinafikan juga bahawa eksploitasi terhadap kaum wanita terus meningkat sejurus dengankejayaan mereka. Industri perfileman dan pengiklanan menggunakan wanita sebagai bahan seksual dalam meningkatkan saingan dalam pasaran. Keganasan rumahtangga dan gangguan seksual di tempat kerja, di rumah dan dimana tempat masih berlaku. Wanita sentiasa menjadi sasaran ragut, rompak, curi, dan rogol. Malah, wanita sentiasa digelar kaum yang lemah dan mereka sentiasa harus dilindingi oleh kaum lelaki dan mereka tidak bebas untuk memiliki kehidupan social mereka terutamanya bagi wanita yang sudah berkahwin.

Wanita tidak seharusnya berdiam diri atau takut untuk melaporkan kepada pihak yang berwajib jika rasa terancam ataupun diganggu kerana mereka dilindungi oleh undangundang. Perlembagaan undangundang Malaysia memperuntukkan akta 509 Kanun Keseksaan di mana adalah menjadi satu kesalahan bagi seseorang wanita itu:

‘…mengaibkan kehormatan seseorang dengan menyebut apa-apa perkataan, membuat apa-apa bunyi atau isyarat atau menunjukan apa-apa benda..” , akta 354 yang berbunyi: Menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah seseorang dengan niat hendak mencabul kehormatannya”, dan Kod Kod Amalan Bagi Pencegahan dan Pembasmian Gangguan Seksual di Tempat Kerja.

 

Hukum wanita bekerja dalam Islam

Kebanyakan wanita di zaman Nabi dahulu tidak bekerja di luar rumah dan hanya bekerja di sekitar rumahnya sahaja. Cuma sebahagian wanita Islam adakalanya bertugas di luar rumah sekali sekala berdasarkan keperluan.

Ummu Atiyah sebagai contoh yang bertugas menguruskan jenazah wanita Islam di Madinah, merawati lelaki yang cedera di medan peperangan disamping itu menyediakan makanan buat pejuang-pejuang Islam.

Termasuk juga adalah Rufaydah Al-Aslamiyyah, yang merupakan doktor wanita Islam pertama yang mana Nabi SAW menyediakan sebuah khemah khas di masjid Nabi untuk tujuan rawatan bagi pejuang Islam yang cedera ketika peperangan ‘Khandaq’.

Demikian juga Ar-Rabaiyyi‘ bint Mu‘awwiz and Umm Sulaim yang bertugas di luar rumah untuk memberi minuman dan makanan kepada pejuang. Ash-Shifa’ binti ‘Abdullah pula pernah bertugas sebagai guru yang mengajar wanita-wanita islam membaca dan menulis di ketika baginda nabi Muhammad SAW masih hidup. 

Umm Mihjan pula bertugas sebagai pembantu membersihkan masjid nabi sehingga ketika ia meninggal dunia, nabi tercaricarinya dan diberitahu kemudiannya, ia telah meninggal dunia. Sebagai penghormatan, baginda Nabi SAW pergi di kuburnya lalu menunaikan solat jenazah buatnya.

Selain itu, Khalifah ‘Umar ibn Al- Khattab juga pernah melantik wanita bernama Ash-Shifa’ untuk menjalankan tugas al-hisbah atau ‘Shariah auditor’ di pasar di ketika itu bagi memastikan ia dijalankan menepati Shariah.

Semua ini menunjukkan keharusannya, cuma semua keharusan tadi diikat dengan syarat tertentu sebagaimana yang disebut oleh Prof. Dr Md Uqlah Al-Ibrahim antaranya dalam bukunya Nizam Al- Usrah, 2/282 ; Al-Mar’ah Bayna Al-bayt Wal Mujtama’, :

1)Terdapat keperluan menyebabkan ia terpaksa keluar dari tanggungjawab asalnya (iaitu peranan utama kepada rumahtangga) seperti :-

a-Kematian suami dan memerlukan belanja kehidupan.

b- Memberikan bantuan kepada kedua ibu bapa yang sangat miskin atau suami yang uzur. .

c- Mempunyai keistimewaan yang mana kemahiran ini sangat diperlukan oleh masyarakat umumnya.

d-membantu suami atau keluarga menguruskan perniagaan.

2) Mestilah kerja ini bersesuaian dengan fitrah seorang wanita dan kemampuan fizikalnya.

3)Mestilah keluarnya untuk bekerja dengan menutup aurat dan sentiasa menjauhi fitnah di tempat kerja.

4)Mestilah kerjanya tidak memerlukan berdua-duaan dan bercampur gaul dengan lelaki.

5)Mendapat izin wali atau suami.

6)Mestilah kerjayanya tidak menyebabkan terganggu dan terhentinya tanggung jawab di rumah terhadap anak serta suami.

7)Tujuan dan niat utama bekerja bukanlah kerana keasyikan dan keghairahan kepada mengumpul harta dan niat semata-mata menyaingi lelaki.

8) Mestilah berhenti sekiranya terdapat keperluan dan kecatatan dalam pendidikan anak-anak.

9) Digalakkan ianya dilakukan dalam tempoh tertentu sahaja dan bukan selama-lamanya sehingga pencen.

Pun begitu, elok diperingatkan kepada kaum wanita berkerjaya, jika mereka sudah berada di atas, jangan meninggi diri kerana Adam dan Hawa dilahirkan untuk saling lengkap melengkapi.Wanita perlu ingat ungkapan kata-kata ini bahawa mereka dilahirkan daripada seorang lelaki. Tetapi mereka bukannya diambil daripada bahagian kepala (untuk berada lebih tinggi daripadanya) dan bukan juga daripada bahagian kaki (untuk dipijak).

 

Hikmah Allah mencipta wanita

1. Wanita secara fitrah dijadikan oleh Allah sebagai agen penyambung zuriat dan generasi. Tanpa wanita yang mengandung dan melahirkan anak, tidak mungkin berkembangnya umat manusia. Fitrah tugas mengandungkan bayi itu dikhususkan kepada wanita, kerana wanita memiliki kekuatan jiwa, sifat sabar, penyayang.

2. Sebagai penghibur dan penyeri kepada rumahtangga. Rumahtangga akan jadi sakinah sekiranya seorang isteri benarbenar berperanan dan menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai isteri. Bukan sahaja penghibur dan pelayan kepada suami malah ibu juga mesti menghiburkan anakanak juga.

3. Sebagai pendidik awal kepada anak-anak. Sifat sabar yang dimiliki oleh wanita sedikit sebanyak penentu kepada kejayaan mendidik anak-anak. Maka ianya akan melahirkan generasi yang memberi kebaikan dan manfaat kepada masyarakat.

4. Sebagai pembantu kepada kaum lelaki.Lebih-lebih lagi sekiranya wanita benar-benar berperanan dalam rumahtangga dan juga masyarakat.Firman Allah bermaksud: ‘Dan Lelaki beriman dan perempuan beriman, setengah menjadi penolong di antara satu sama lain, menyeru kepada makruf dan mencegah mungkar.’

 

Rahsia kejayaan wanita bekerjaya

            Setapak melangkah ke mercu kejayaan.

Rahsia kejayaan seseorang wanita yang bekerjaya adalah disebabkan oleh faktor dirinya sendiri. Ianya merangkumi banyak aspek, antaranya ialah:

Rahsia pertama ialah mengenali diri sendiri, iaitu kita perlu mengetahui dalam mengejar kejayaan faktor utama yang perlu diketahui adalah berkaitan diri. Setiap individu ada kelebihan dan kekurangan yang diketahui dan tidak diketahui. Ia dapat diketahui melalui teori Jendela Johari. Bentuk diri yang perlu dikenali adalah diri yang terbuka, diri yang buta, diri yang tersembunyi dan yang tidak diketahui.

Manakala rahsia yang kedua ialah mencipta matlamat diri. Wanita perlu mempunyai matlamat hidup bagi tempoh jangka masa pendek ataupun jangka masa panjang. Matlamat adalah kompas kehidupan yang mana tanpa kompas individu mungkin sesat di jalan dan sukar mencari jalan pulang.

Oleh itu, sebelum pergi jauh dalam melayari bidang kerjaya yang diceburi, sebaik-baiknya membina matlamat dahulu sebelum melangkah lebih jauh lagi. Pentingnya matlamat itu kerana memenuhi pelbagai matlamat iaitu kehendak asas, asas menyalurkan masa, tenaga dan idea,mewujudkan asas keyakinan dan kemajuan diri, membuat kehidupan menarik dan menyeronokkan dan ianya juga menjadi tulang belakang kepada sikap positif.

Ketiganya, setiap wanita mestilah berani melakukan perubahan. Kunci kepada kejayaan kehidupan adalah melakukan perubahan positif dan ia bermula dengan mengenali diri. Cabaran wanita bagi mengenali diri adalah bermula dengan memahami dan menerima diri sendiri. Di sini bukan bermaksud wanita tidak dapat memperbaiki diri tetapi apabila wanita tidak cukup baik dalam kerjaya,

Keempat ialah mempunyai minat. Setiap bidang pekerjaan yang dilakukan perlu dimulai dengan minat. Niatkan dalam hati dan ikhlas melakukan kerja dalam hati dan ikhlas melakukan kerja itu bagi keperluan diri, keluarga dan majikan. Pekerjaan yang didahului dengan niat serta minat yang mendalam akan senang dilakukan. Anda akan berasa seronok bekerja walaupun pelbagai cabaran mendatang sepanjang melaksanakan tugas.

Rahsia yang kelima ialah mempunyai sifat positif. Pelbagai cara dapat dilakukan wanita bagi mengejar kejayaan,sikap yang positif sudah pasti membawa kejayaan yang cemerlang.

  Rahsia yang terakhir adalah sentiasa menjaga imej diri. Imej diri bukan sahaja kecantikan luaran tetapi juga dalaman.

Search site

© 2010 All rights reserved.

Free business website Webnode