cms.usim2dayalyaum12.webnode.com/peperiksaan-profesional-menguji-pelajar/Peperiksaan Profesional Menguji Pelajar

 

Oleh: Fahami Ahmad

PANDAN INDAH – Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) dan Fakulti Pergigian (Fpg) sepanjang bulan Mac ini sibuk untuk menghadapi Peperiksaan Profesional. Peperiksaan Profesional ini bermula pada 15 hinnga 23 Mac untuk FPSK dan 22 Mac hingga 27 April untuk FPg.

Tujuan utama diadakan peperiksaan ini untuk menilai kualiti fakulti dan pelajar. Penilaian ini akan dilakukan oleh penyarah luar termasuk pensyarah luar negara.

Perbezaan Peperiksaan Profesional dengan peperiksaan biasa adalah penilaian untuk peperiksaan ini akan dibuat secara berterusan dari awal tahun lagi termasuk pernilaian dalam kerja klinikal di klinik.

Menurut Dato’Dr.Nik Nasri Nik Ismail, Dekan FPSK,beliau melahirkan rasa syukur kehadrat Illahi kerana keputusan kali ini amat baikdan mengharapkan kejayaan ini berterusan.

Ummu Aiman Izzati Huzaidi merupakan pelajar terbaik dari FPSK dengan semua pangkat dalam subjek yang diambil.

 

Search site

© 2010 All rights reserved.