Dental Student Club anjurkan perjumpaan bulanan dan solat hajat Fakulti Pergigian

PANDAN INDAH - Dental Student Club USIM dari Fakulti Pergigian (FPg) menganjurkan solat hajat dan perjumpaan bulanan pelajar Pergigian USIM di Tingkat 17 Fakulti Pergigian pada 19 Mac 2010.

Perjumpaan ini telah dihadiri oleh Cik Rohazila Mohamad Hanafiah,Pensyarah Mikrobiologi FPg yang juga merupakan penasihat kepada Dental Student Club.

Perjumpaan ini juga merupakan perjumpaan bulanan untuk pelajar pergigian bagi membincangkan isu dan masalah yang berbangkit di samping menjadi wadah khas untuk menyampaikan info-info terkini kepada pelajar.

Sepanjang perjumpaan ini berlansung, pelajar boleh mengutarakan segala permasalahan yang timbul untuk dibincangkan bersama.

Perjumpaan ini telah berlansung dari jam 5.30 petang sehingga 9.00 malam. Selain aktiviti perjumpaan bulanan, pelajar juga telah menunaikan solat hajat secara berjemaah.

Tujuan utama solat hajat ini diadakan adalah sebagai salah satu usaha bersama utnuk memohon doa kepada Allah bagi memudahkan mereka menempuhi Peperiksaan Profesional Fakulti Pergigian yang akan datang.

Menurut Mohd Hafiz Yaakob, 21, Pengerusi Dental Student Club berpendapat bahawa solat hajat ini dilakukan untuk memohon kehadrat Illahi agar mudah-mudahan dengan usaha dan doa serta tawakal kepada- Nya mereka bakal mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan akan datang.

Pada perjumpaan kali ini juga membincangkan persiapan untuk pertandingan persembahan sempena ‘Gala Dinner Malaysian Dental Association’.

Dental Student Club merupakan sebuah persatuan pelajar yang ditubuhkan bagi merancang aktiviti pelajar di samping menjadi penghubung dengan pihak pengurusan.

 

 

 

Search site

© 2010 All rights reserved.