Langkah Pengurusan Stigma Berkaitan Seks

Oleh: Siti Aishah bt Yusoff

NILAI – Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan dengan kerjasama PERKAMA telah menganjurkan satu kursus kaunseling Perkahwianan dan Seksualiti pada 27 Mac 2010 bertempat di DKP 3 Universiti Sains Islam Malaysia. 

 Menurut pengarah program, Mohd Mustaza Mohd Zin, objektif utama kursus ini adalah untuk mengurangkan stigma kepada kaunselor terhadap isu-isu seksual dan memberi pendedahan kepada mereka mengenai kaedah dan pengetahuan tentang isu seksual.

Terdapat lima sesi yang telah disampaikan oleh penceramah iaitu Seksualiti Manusia dan Seksualiti Sepanjang Kitaran Hayat, Sexual Dysfunction, Pendekatan Perubatan dan Pendekatan Psikososial, Ketagihan Seks Cyber,Kecelaruan Gender , dan Pembiak Baikan.

Menurut ketua program SPADA USIM, En. Halim b.Mohd Hussin dalam ceramahnya berkaitan Seksualiti Manusia dan Seksualiti Sepanjang Kitaran Hayat katanya, adalah sangat penting kita memahami seksualiti yang terdapat dalam diri kita sendiri, dan human sexuality menentukan peranan penting dalam kehidupan kita”.

Dr Ismail Mohd Thamby mengulas berkaitan ceramah beliau yang bertajuk Human Sexuality: ManagingSexual Addiction, sexual Disirientation, and Dysfunction. katanya” persekitaran boleh mengubah pandangan seseorang tentang seks melalui cara pemikiran dan pengalaman hidup”

Seterusnya, Nurul Aina Rosnan,UNIMAS Sarawak, mempunyai pandangannya tersendiri mengenai perkara ini. “kursus ini bagus untuk kaunselor yang berhadapan dengan isu-isu perkahwinan yang memerlukan mereka berhubung dengan pelbagai jenis individu”. Beliau juga berharap supaya kursus seperti ini akan diadakan lagi dan tidak hanya dikhususkan kepada kaunselor sahaja.

Sharipah Nadiah bt. S.Hassan, FKP, Tahun 3, mempunyai pandangan positif terhadap program ini. “Program ini menarik dari segi penyampaian penceramah dan pelbagai input bermakna diperolehi”.

Kursus ini juga dihadiri oleh penceramah hebat iaitu Pn Dini Farhana bt Baharuddin ( Pensyarah USIM), DR A. Sher Kawi Jaafar (Private Consultant Sher’n Rique Sdn.Bhd),dan Prof. Madya Ahmed Mahir b. Mohamed Mokhtar Bakri .

Search site

© 2010 All rights reserved.