"Synergic, Responsive, Convern" Moto Kami

Oleh:Saadah Mamat

NILAI - Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah menganjurkan majlis ramah mesra dengan kerjasama jaksa-jaksa kolej kediaman di kafeteria Nilam bersama mahasiawamahasiswa kolej kediaman Camellia dan Nilam Court sempena pelantikan baru MPP sesi 09/10.

Tujuan diadakan majlis ini adalah untuk mendengar dan mendapatkan maklumat berkaitan dengan masalahmasalah kebajikan pelajar untuk dibawa kepada pihak pengurusan. Disamping itu, ia adalah sebagai medium untuk merapatkan hubungan silaturrahim diantara MPP dengan para mahasiswa.

Majlis dimulakan dengan sesi pengenalan jentera MPP seramai 24 orang kepada para pelajar. Menurut Yang Dipertua MPP, Mohd Hilmi Juhari, FEM, MPP kali ini membawa empat misi iaitu kecemerlangan ilmu dan pembangunan sahsiah diri, cakna kebajikan pelajar, kepimpinan melalui tauladan dan budaya inovasi dan pengantarabangsaan.

Beliau juga berkata,sebagai mahasiswa tugas kita adalah untuk memenuhkan ilmu di dada dan di fikiran, sesungguhnya dengan adanya ilmu kita dapat maju kehadapan dan sesuatu masalah dapat diselesaikan secara ilmiah. Mahasiswa USIM akan menjadi model untuk menunjukkan cara bagaimana orang Islam bekerja dan dapat memberi sumbangan kepada agama ,bangsa dan Negara apabila tamat pengajian nanti.

Dalam sesi soal jawab bersama MPP, beberapa orang pelajar menyuarakan masalah dan memberi pandangan terhadap kepimpinan MPP pada kali ini. MPP pada kali ini juga, buat pertama kalinya menubuhkan skuad AMAN untuk mencegah masalah berkaitan sosial pelajar di USIM dengan membawa slogan “no couple”.

Sementara itu, Rabiatul Adawiyah Mohd Hosni, FPQS, mengulas berkenaan pelajar diploma yang tidak dapat gugur subjek, beliau berkata, walaupun seseorang itu sudah mengambil subjek ketika diploma tetapi pengetahuan yang diperolehi ketika ijazah adalah lebih mendalam lagi.

Di samping itu, Wan Nur Amalina Wan Harun berkata,“saya mengharapkan MPP kali ini dapat memberikan sumbangan terbaik kepada para pelajar dan bukannya retorik semata-mata”. Saya juga mengharapkan agar MPP menyampaikan kepada pihak atasan supaya menyediakan tempat khusus kepada para pelajar untuk berbincang, katanya.

Menurut Nor Natrah Mohamad Ali , “majlis sebegini bagus diadakan dan pihak MPP dapat turun padang untuk mendengar luahan dan pendapat daripada para pelajar untuk memastikan perubahan yang lebih baik pada masa akan datang”. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada lima penanya soalan terawal.

Search site

© 2010 All rights reserved.