RM 60, 000 Biaya Kos Air

Oleh: Shah Che Ahmad

Nilai - “Kalau berterusan macam ni susah la”, rungut seorang pelajar yang mahu dikenali sebagai Epul ketika ditanyakan berkenaan isu masalah air yang melanda sekitar kampus USIM Nilai dan kolej kediaman baru-baru ini.

Masalah bekalan air yang timbul beberapa hari lalu jelas menjadi rungutan pelajar siswa mahupun siswi yang menetap di kolej kediaman, juga situasi yang sama di kampus.

Menurut Suhaimi Ariffin, 23, terpaksa menumpang mandi di rumah kawan pada awal pagi untuk bersiap ke kuliah disebabkan ketiadaan air di rumahnya.

Sesetengah pihak mendakwa bahawa masalah bekalan air tersebut adalah atas alasan dasar penjimatan yang diamalkan oleh pengurusan universiti bermula semester ini.

Menjawab persoalan ini, Timbalan Naib Cancelor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Profesor Dato’ Dr Mohamed Asin Dollah berkata “USIM terpaksa memperuntukkan sebanyak RM60, 000 pada bulan lalu (Feb) sahaja dalam usaha untuk menampung keperluan air bagi mahasiswa dan kakitangan, yang mana hanya RM25, 000 sahaja sebulan pada kebiasaannya.”

Difahamkan bahawa isu ketiadaan air tersebut disebabkan kekeringan takungan bekalan air Daerah Negeri Sembilan termasuk Nilai, dipercayai berpunca daripada kemarau yang berpanjangan sepanjang dua bulan yang lalu. Ujar beliau lagi semasa memberikan taklimat di Kem Kepimpinan “Smart Lead” 7 Mac lalu.

Beliau berharap semoga pelajar dapat bersabar berikutan masalah yang melanda kampus dan kolej kediaman, Jabatan Bekalan Air Negeri Sembilan akan berusaha menangani masalah tersebut secepat mungkin.

Search site

© 2010 All rights reserved.