MPP Penghubung Suara Siswa

Oleh: Shah Che Ahmad, Nooralisa

Nilai – “Sekurang-kurangnya 4000 pelajar USIM perlu menurunkan tandatangan”, begitulah kata-kata Timbalan Naib Cancelor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Profesor Dato’ Dr Mohamed Asin Dollah terhadap Majlis Perwakilan Pelajar USIM sesi 2009/ 2010.

Isu petempatan pelajar Tamhidi siswa dan siswi sesi 2010/2011 di Kolej Kediaman Camelia Court yang diputuskan pihak Lembaga Pengurusan Universiti (LPU) jelas mendapat kurang persetujuan daripada mahasiswa dan mahasiswi USIM agar dikaji semula.

Kebajikan mahasiswa perlu diutamakan. Barisan MPP mengemukakan pungutan suara besar-besaran di seluruh kampus USIM pada 8 Mac 2010 bermula dari Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), Fakulti Pengajian Quran Sunnah(FPQS), Pusat Keusahawanan Pelajar (PKP), Fakulti Syariah Undang-Undang (FSU) dan berakhir di Pusat Komersial (PK).

Menurut setiausaha agung MPP Hazimin Harun, 22, berkata tujuan kutipan tandatangan besar-besaran itu adalah untuk mengutip suara majority unjuran daripada aduan pelajar berkenaan isu terbabit.

“Pihak MPP banyak menerima dan mendengar rungutan pelajar berikutan isu pemindahan dan percampuran kolej kediaman, semasa Majlis Ramah Mesra di setiap kolej kediaman baru-baru ini, juga terdapat segelintir pelajar yang berjumpa terus dengan Timbalan Naib Canselor mengadukan masalah ini.”

“Justeru MPP berusaha dan mengutarakan isu tersebut kepada pihak atasan, pegawai dan perjumpaan bersama TNC sendiri untuk membincangkan hal tersebut” ujar beliau lagi.

“Saya sokong tindakkan yang MPP lakukan kerana percampuran mendatangkan lebih banyak mudarat dari manfaat. Misalnya dari segi pengurusan JAKSA camellia court, macam mana mereka nak uruskan pelajar tamhidi lelaki sedangkan mereka semua perempuan. Dari segi pengangkutan mahu ke kampus dan masjid pasti akan berebut dengan pelajar perempuan,” kata Nuur Ezaini Akmar, 22, FST.

Mengulas isu tersebut Profesor Dato’ Dr Mohamed Asin Timbalan Naib Canselor berkata, pemindahan kolej kediaman tersebut adalah hanya sementara, pihak Universiti hanya menyambung kontrak sewa Nilam dan Camelia Court dua tahun saja sementara menunggu penginapan kolej kediaman dalam kampus sempurna kira-kira dua tahun lagi. Beliau juga berharap pelajar dapat memahami situasi tersebut.

 

Search site

© 2010 All rights reserved.