Kolokium Pengajian Quran di kalangan Orang Kurang Upaya (OKU)

Oleh: Nur Farazila bt Omar

NILAI- Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah buat julung kalinya telah mengadakan Kolokium Pengajian Quran dan Sunnah di kalangan Orang Kurang Upaya anjuran Pelajar kursus asas Braille dalam Pengajian Quran& Sunnah yang bertempat di DKU,FPQS baru-baru ini.

Program yang bermula pada pukul 8.50 pagi ini dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh Encik Muhammad Lee bin Abdullah, Editor Hal Ehwal Penerbitan dan diikuti dengan ucapan oleh Mohd Ridhwan Ramli wakil pelajar Quran& Sunnah.

Kolokium ini telah disertai oleh Timbalan Dekan 1 FPQS, Dr Fauzi bin Mohd selaku perasmi program ini bersama lebih kurang 269 pelajar tahun 3 dan 4 fakulti berkenaan. Antara ahli panel yang dijemput terdiri daripada Encik Zakaria bin Yahya, Presiden PERTIS, Encik Muhammad Lee bin Abdullah, Editor Hal Ehwal Penerbitan PERTIS dan Encik Muhammad Kalam Mahzad bin Abdul Rahman, Penolong Pengarah Cawangan Ukhwah Bahagian Dakwah Jakim.

Menurut Nur Amalia,25, FPQS selaku pengarah program objektif sebenar kolokium ini adalah untuk memberi kesedaran kepada orang yang celik perhatian terhadap orang kurang upaya dan mendedahkan kepada pelajar bahawa aplikasi Braille sangat penting kepada semua. Tambahnya lagi, idea untuk membuat program ini adalah cadangan Ustazah Nor Najihan dan jawatankuasa telah bertindak untuk melaksanakan program ini. Salah seorang ahli panel En Zakaria bin Yahya dalam ucapnnya telah memuji USIM, kerana USIM adalah universiti pertama yang memperkenalkan kursus berkaitan Al- Quran Braille dan Institut Pengajian Tinggi(IPT) yang berani mengambil kursus ini. Beliau mengulas, tidak banyak sumber yang boleh dirujuk untuk menghasilkan penulisan Braille ini.

Timbalan Dekan 1, dalam ucapannya berkata USIM mempunyai 10 buah mesin Braille dan harga bagi sebiji mesin ini adalah tiga ribu dan ke atas. Beliau berharap kemudahan ini dapat digunakan dengan sebaiknya tanpa ada seorang pun terkecuali.

Sementara itu, salah seorang peserta program, Lailatul Badriah,24, FPQS berkata” program ini dapat memberikan kesan terhadap diri sendiri terhadap golongan kurang upaya”, Beliau dalam temubualnya menambah, subjek ini bukanlah senang kerana perlu mengingat kod dan berupaya untuk lancar dalam pembacaan. Beliau juga mengingatkan kepada semua agar besemangat untuk teruskan perjuangan menimba ilmu dalam kursus asas Braille ini dan mencadangkan supaya kursus ini didedahkan kepada semua pelajar dan tidak tertumpu kepada pelajar Quran & Sunnah sahaja.

 

Search site

© 2010 All rights reserved.