Karnival Keusahawanan Asah Bakal Usahawan Pelajar

Oleh: Asniah Abdullah, Mohd Fahami Ahamad, Norasiah Mohamed

Nilai- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengadakan karnival keusahawanan bermula pada akhir Febuari sehingga akhir Mac 2010. Karnival ini melibatkan empat fakulti iaitu Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) dan Fakulti Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah (FPQS).

Karnival ini juga turut disertai oleh peniaga luar yang menyewa di tapak Pusat Kemudahan Pelajar (PKP).

Karnival ini berobjektifkan untuk mendedahkan dan melahirkan mahasiswa yang berpengetahuan luas dalam bidang keusahawanan serta memberi pendedahan kepada para pelajar tentang cara-cara untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya seterusnya untuk menerapkan atau membentuk inovasi keusahawanan dikalangan pelajar. Selain daripada itu program ini juga diadakan untuk memberi perkhidmatan latihan, nasihat serta pendedahan ilmu dan peluang perniagaan yang terkini kepada para pelajar sebagai satu kemahiran apabila tamat pengajian nanti. “Karnival dan program seperti ini amat bagus kepada pelajar dan peniaga. Saya tahu mengenai carnival ini dari kawan. Pada hari berlangsungnya karnival tersebut, syarikat kami akan memberi diskaun sebanyak 20 peratus, iaitu harga pelajar kepada pelajar yang membeli produk kami. Tambahnya lagi, produk kami ini berjenama dan terbaik” – Zuriah Mohd, 41GSR Resources.

 Menurut Mohd Anuar Omar, 22 FPQS pelajar yang menyertai carnival ini “saya rasa bersyukur kerana sambutan jualan nampak meriah kerana ramai para pelajar yang datang untuk membeli . Saya berpendapat, aktiviti sebegini amat bermanfaat kepada pelajar. Ini merupakan salah satu kemahiran insaniah yang diperlukan oleh setiap pelajar selepas bergraduasi kelak.”

“Karnival ini bagus dan sesuai kerana pelajar mudah untuk mendapatkan makanan ketika masa rehat dan makan tengahari. Ini kerana, sejak pertukaran Pusat Kemudahan Pelajar (PKP), mahasiswi terutamanya mempunyai masalah untuk mendapatkan makanan kerana suasana kafeteria yang begitu padat. Disamping itu juga, harga makanan yang di jual di sini amat berpatutan.’ jelas Norhasimah Shari, 24, FSU merupakan pengunjung yang datang ke karnival ini.

Sepanjang karnival ini juga terdapat pengisian program-program lain antaranya forum bersama ustaz FPQS, pertandingan nasyid lelaki terbuka untuk semua pelajar USIM, pertandingan sepak raga dan bicara tentang Al-Tijarah mengikut Islam bersama Ustaz Karim Torei.

Keseluruhan program-program ini mendapat sambutan yang meriah dari semua pelajar, manakala majlis penutup program ini dirasmikan oleh pensyarah subjek keusahawanan, Prof Dr Kalsom Abd Wahab dari Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM).

 

Search site

© 2010 All rights reserved.