Bedah Buku Yakjuj Makjuj Buka Minda

Oleh:Saadah Mamat

Nilai-Exco Akademik dan Intelektual, MPP telah menganjurkan program Bedah buku Yakjuj Makjuj, yang mendapat sambutan hangat daripada para pelajar bertempat di DKP 4 baru-baru ini . Penceramah jemputan ialah Wisnu Sasongko @ Muhamad Alexander, pensyarah daripada Universiti Brawijaya , Indonesia dan merangkap penulis buku Yakjuj Makjuj. Menurutnya, beliau telah mengkaji tiga buah kitab Yunani yang berbahasa Sanskrit sebelum menulis buku Yakjuj Makjuj ini.

Muhamad Alexander berkata, kita selalu mendengar tentang Yakjuj Makjuj dan beranggapan mereka ini adalah daripada golongan raksaksa, sebenarnya mereka adalah dari golongan manusia yang berasal dari wilayah utara dan hidup secara nomad serta golongan kafir yang tidak beriman .

Golongan ini sudah lama wujud, tetapi yang memisahkan dengan kita adalah dua tembok yang dibina oleh Zulkarnain, dan tembok ini akan terbuka apabila tibanya hari kiamat. Nabi Muhammad juga meramalkan melapetaka Yakjuj Makjuj akan datang pada hari kiamat. Keluarnya Yakjuj Makjuj adalah salah satu daripada sepuluh tanda –tanda besar sudah dekatnya hari kiamat, katanya lagi. 

Selaku pengarah program,Najib Afif Arip berkata, “program ini diadakan untuk menarik minat mahasiswa mendampingi buku sebagai teman dalam kehidupan mereka dan mempromosikan bahan bacaan sesuai untuk mahasiswa”.

Dengan adanya ceramah sebegini, kita dapat memahami dengan jelas berkenaan kisah Yakjuj Makjuj yang mungkin pengetahuan kita agak samar-samar tentang kisah kedatangannya di akhir zaman. Melalui ceramah ini kita boleh mengetahui dengan jelas berdasarkan bukti-bukti Al-Quran yang padanya terdapat firman Allah berkaitan Yakjuj Makjuj berdasarkan bukti-bukti dan ilmu baru yang diperolehi melalui hasil kajian penulis, katanya lagi.

Nurul Aine Abdul Aziz@ Aziz berkata, “program ini amat baik sebab menceritakan tentang sejarah yang kita tidak pelajari dalam bilik kuliah, selain itu ia juga membuka minda kita supaya berfikir tentang perkara inI selaku umat Islam”, katanya.

Search site

© 2010 All rights reserved.