Integriti Melalui Bela Diri

Oleh: Nur Farazila bt Omar

NILAI- Sempena minggu integrity Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah telah menganjurkan ceramah integriti yang bertempat di Dewan Kuliah Utama(DKU), 3 Mac baru-baru ini.

Pendaftaran bermula seawal jam 2.30 petang dan hanya dihadiri oleh sebilangan kecil pelajar sahaja. Ceramah dimulakan dengan ucapan oleh pengerusi majlis, saudari Nor Amirah. Penceramah jemputan yang telah dijemput, pada hari tersebut ialah En Azlan bin Ghani dan beliau telah menyampaikan ceramah yang bertajuk “Seni Bela Diri Menurut Perspektif Islam”. Beliau adalah seorang pengasas Seni Lok 9 dan Senaman Tua.

Dalam ucapannya, beliau berkata senaman adalah penting dalam kehidupan manusia dan pernafasan yang betul akan menyihatkan tubuh badan dan seterusnya akan membekalkan oksigen kepada tubuh badan. Tambahnya lagi,seorang wanita perlulah ada sistem pertahanan diri untuk mengelakkan dari ancaman musuh terutamanya yang ingin mengambil kesempatan atas kelemahan wanita.Beliau juga menekankan aspek teknikal kepada pelajar dan menunjukkan cara bagaimana mempertahankan diri ketika berdepan dengan musuh.

Menurut pengarah program, Noraini Mat Dasir,23, FPQS ceramah ini sangat bermanfaat kepada semua pelajar terutamanya pelajar wanita apabila berhadapan dengan musuh. Beliau menambah,menurut perspektif Islam cara senaman yang diajarkan dalam ceramah tersebut dapat menyihatkan badan dan memudahkan beribadat dengan tenang.

 

Search site

© 2010 All rights reserved.