Dr Petah Berdebat

Oleh: Fahami Ahmad

NILAI – Dewan Pertandingan Akhir Kejohanan Debat Piala Naib Canselor USIM 2010 kategori Bahasa Melayu sekali lagi kembali hangat dengan isu yang dibahaskan pada 13 Mac bertempat di Dewan Kuliah Pusat 3 pada jam 8.30 malam.

Pada Pertandingan kali ini, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) yang bertindak sebagai pembangkang telah muncul sebagai juara dengan mengalahkan pihak kerajaan yang diwakili oleh Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU).

Isu yang dibincangkan dalam dewan pertandingan kali ini adalah mengenai “Sistem Pendidikan Punca Pekerja Tidak Berintegriti’. Kedua pihak perlu menunjukkan bukti yang kukuh terhadap isu yang mereka pertahankan bagi memastikan samada isu tersebut diterima oleh Yang Dipertua Dewan atau ditolak.

Pasukan dari FPSK telah diwakili oleh Ammar Sahrim sebagai Ketua Pembangkang, Abdul Qayyum Jumidey sebagai Timbalan Pembangkang, Izudeen Ayub sebagai Pembangkang Ketiga dan Nurzuhairah Rusmani sebagai Pendebat Simpanan telah Berjaya mengagaskan isu yang dibawa dengan baik pada pertandingan ini.

Suasana dewan pertandingan pada malam tersebut begitu hangat dengan hujah-hujah yang diutarakan oleh kedua-dua pihak yang bertanding. Para penoton yang hadir untuk memberi sokongan juga begitu ramai. Penyokong dari Kolej Kediaman Pandan Indah juga tidak melepaskan peluang untuk hadir menyaksikan dan memberi sokongan pada malam tersebut.

Pada pertandingan akhir kali ini, Izudeen Ayub dari FPSK telah Berjaya dinobatkan sebagai Pendebat Terbaik oleh pihak juri.

Menurut Izudeen, beliau juga tidak menyangka pasukan fakultinya akan menjuarai pertandingan kali ini kerana persaingan dari pihak lawan juga tidak kurang sengitnya. Seperti yang semua sedia maklum juga, FSU merupakan pasukan debat yang hebat sejak dari dahulu lagi.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli pasukan yang bersama-sama berganding bahu untuk kejayaan bersama ini. Tidak lupa juga kepada penyokongpenyokong terutamanya yang sanggup datang dari Pandan Indah untuk memberi sokongan kepada pasukan kami,” tambah Izudeen lagi sebagai pendebat terbaik.

“Alhamdulillah segala pujian kehadrat Illahi, kerana kemenangan ini tidak akan dicapai tanpa usaha yang gigih dari setiap ahli pasukan serta doa dan tawakal yang teguh kepada Allah”, kata Ammar Sahrim selaku Ketua Pembangkang pada pertandingan tersebut.

Manakala menurut Azimah Ismail, 21 dari FPQS, “Pertandingan sebegini perlu diteruskan dimasa hadapan kerana ia amat bermanfaat kepada pelajar. Pertandingan ini juga dapat mencungkil bakat serta mengasah kemahiran berkomunikasi yang baik disamping menyalurkan pendapat pada saluran yang betul.”

Pertandingan akhir ini telah dirasmikan oleh Dato’ Dr. Muhamad Muda, Naib Canselor USIM. Beliau juga begitu bersemangat dan ceria ketika menyampaikan ucapan perasmian. Banyak input-input yang berguna dapat diambil oleh semua pelajar yang hadir pada malam tersebut

Selain FPSK dan FSU, terdapat 40 pasukan lagi yang bertanding pada kejohanan kali ini. Mereka dari lapan fakulti dan satu Pusat Tamhidi yang ada di USIM. Sepanjang kejohanan ini juga, sebanyak tiga kategori dipertandingkan. Iaitu kategori Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Semua peserta yang masuk bertanding memberi kerjasama berpasukan yang tinggi. Mereka juga kelihatan begitu gembira sehingga tamat kejohanan.

Kebanyakan daripada peserta juga berharap dapat menyertai kejohanan ini pada tahun hadapan. Melalui kejohanan ini mereka juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dengan fakulti-fakulti lain yang menyertai kejohanan ini.

Mahasiswa USIM yang lain juga perlulah mengambil bahagian dalam aktiviti sebegini. Mereka selain dapat mencungkil bakat yang terpendam, aktiviti dapat ini juga dapat meningkatkan kemahiran kosa kata yang tinggi kepada mereka. Seperti yang semua sudah maklum mengenai seruan kerajaan, selain hebat dalam bidang akademik, pelajar juga perlu mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum yang dianjurkan.

Search site

© 2010 All rights reserved.