Pengajian Tesis di kalangan Pelajar FPBU

Oleh: Nur Farazila bt Omar

NILAI- Fakulti Pengajian Bahasa Utama( FPBU) telah mengadakan Nadwah Al-Mughamarat Al-Bahsiah iaitu pengajian tesis yang bertempat di DKF 2.1 FPQS, 2O Mac baru-baru ini.

Objektif sebenar program ini adalah untuk memantapkan pengetahuan terhadap penyediaan tesis, memberikan dorongan, rangsangan dan motivasi kepada para pelajar untuk menghasilkan tesis yang terbaik, mengenal pasti masalah-masalah dan kesukaran yang dihadapi oleh para pelajar dalam membuat tesis serta melatih para pelajar menyediakan contoh proposal peyelidikan yang terbaik.

Program yang bermula dengan pendaftaran para peserta iaitu pelajar FPBU. Antara jemputan yang hadir, Dr Ahmad Hakim, Ustaz Ashwaq dan Dr. Rosni sebagai pembentang kepada pendedahan proposal.

Menurut saudara Mohd Hanan Mohd Sarib selaku pengarah program sambutan dari pelajar FPBU amat menggalakkan dan objektif sebenar program ini telah tercapai.

Sementara itu, Prof Madya Dr Bhashah dalam ucapannya berkata program ini adalah satu projek besar, dan tesis merupakan satu rumusan daripada tahun satu sehinggalah tahun akhir.

 

Search site

© 2010 All rights reserved.