Mahasiswa
20/04/2010 02:19Oleh: Shah Che Ahmad
Mahasiswa dari kota tanah air,
Bangunlah,
Angkat matamu dan buku,
Lampaui dinding lampaui tembok,
Semua menunggu mengajakmu,
Bersama ke tengah jalan raya
kota.
Lihat betapa temanmu talah berdiri
di sini,
Sebaris dengan kami,
Para buruh dan petani di jalan
sungai besi,
Sederap belajar dari hidup
berani.
Lepaskan tangan halus kekasih di
tasik,
Atau bersama berjalan di parlimen,
Kerana tenagamu dengan ilmu di
dada,
Akan merombak erti hidup sebuah
negara.
Sumber: Usman Awang
———
Back