Permata Insan pemangkin generasi Islam

18/04/2010 12:13

 Alhamdulillah dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Profeser Datin Sri Dr Hajah Mizan Adiliah bt Ahmad Ibrahim , Timbalan Pengarah Program Permata Insan di atas kesudian beliau untuk diwawancara dalam edisi kali ini. Walaupun terdapat sedikit kekangan waktu dan masa untuk bertemu,beliau dapat memberikan kerjasama yang baik untuk diwawancara.Dari raut wajah beliau jelas menggambarkan sifat keibuan dan ketegasan sebagai seorang pemimpin.Bersama-sama dengan ini ikuti wawancara USIM/ TODAY bersama wartawan Siti Aishah bt Yusoff mengupas mengenai Program Permata Insan USIM.

 

Apakah objektif utama Permata Insan ditubuhkan ?

Permata Insan adalah ilham bernas daripada Datin Seri Rosmah Mansor untuk dipusatkan di USIM. Sebenarnya terdapat empat pusat iaitu, Permata Negara , Permata Pintar( UKM) Permata Insan (USIM) dan Permata Seni (UITM). Objektif utama penubuhan Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia ( U S I M ) adalah khusus untuk melahirkan kanak-kanak pintar yang mampu menjadi teknokrat yang bukan sahaja dilengkapi dengan ilmu professional tetapi juga dengan ilmu agama. Objektif Permata Negara adalah bertujuan untuk memberi perhatian kepada kanak-kanak pra sekolah mendapatkan pendidikan dan kemudahan yang sempurna. Seterusnya Permata Pintar yang berpusat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bertujuan untuk menyediakan satu program yang boleh membina suasana pembelajaran yang dapat merangsang minda mereka untuk terus menjadi insan yang kreatif dan inovatif selari dengan keperluan Negara untuk menjadi Negara maju menjelang tahun2020.

 

Bagaimanakah cara yang diguna untuk mempromosi dan memperkenalkan permata insan?

Apa yang telah kita laksanakan , pertama sekali kita telah membuat publisiti melalui akhbar-akhbar tempatan. Kedua, kita telah bertemu dengan semua pegawai-pegawai dari jabatan agama seluruh negara yang bertanggungjawab mengenai pendidikan. Kemudian, kita juga bersama- sama Universiti Kebangsaan Malaysia telah mewar-warkan perkara dan telah menulis surat ke semua sekolah –sekolah agama untuk memberitahu dan memohon supaya guru-guru menggalakkan ibu bapa agar menyokong anak-anak mereka memasuki ke talian ujian UKM 1melalui website www.permatapintar.ukm.

 

Adakah kanak-kanak akan dipantau oleh ibu bapa mereka ketika melalui ujian UKM 1?

Sebenarnya, kanak-kanak yang sedang melakukan ujian ini boleh dipantau ataupun tidak oleh kedua ibubapa. Mereka hanya akan menduduki ujian ini sekali sahaja. Jika ada masa , mereka boleh melakukan ujian di rumah, cybercafé,atau sekolah. Walaupun mereka dipantau , tetapi kita akan dapat menapis juga kebolehan mereka kerana mereka bukan hanya melaui satu ujian sahaja.

 

Setelah pemilihan peserta dilakukan ,apakah program seterusnya yang akan dijalankan?

Apabila peserta telah dikumpulkan seramai 50 orang,terdapat tiga cara program ini dijalankan. Pertama ialah program kokurikulum yang telah kita bina,. Kurikulum ini mempunyai empat bahagian iaitu bahagian Quran dan Sains, Quran dan Matematik, Quran dan Teknologi, dan Quran dengan Alam Sekitar. Kedua, ialah bahagian bahasa iaitu Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris. Ketiga ialah dari aspek pembangunan insan. Dalam aspek ini, kita menitikberatkan perkara yang telah disediakan iaitu kemahiran ICT, speed reading, critical thinking, mental arresmatic, kemahiran komunikasi, dan kemahiran pidato.

 

Adakah kurikulum yang dijalankan ini mempunyai kerjasama dengan mana-mana pihak tertentu?

Kita telah membawa kurikulum ini ke King University Abdul Aziz Ryad Arab Saudi.Sekarang mereka telah menjadi rakan kongsi dan akan bekerjasama untuk melihat dari segi pembinaan kurikulum dan perlaksanaan. Di dalam perbincangan, mereka mencadangkan supaya satu daripada kem kita di buat di Madinah atau di Mekah. Anak- anak yang terlibat akan di bawa untuk diekspos di sana kerana program anak pintar di sana sudah membangun.

 

Bagaimanakah kurikulum ini dilaksanakan?

Cara kita laksanakan kurikulum ini terbahagi kepada dua bahagian . Setengah daripada bahan-bahan akan dijadikan sebagai bahan online. Jadi setiap daripada peserta kita akan diberikan satu komputer dan line. Seterusnya kita akan memasukkan bahan melalui online dan mereka akan buka melalui online. Kedua, mereka juga akan diberikan tutor untuk membantu dalam bahasa arab,bacaan quran dan sebagainya. Kemudian mereka akan dipanggil pula untuk summer kem pada bulan 12 ini. Anak-anak yang telah dipilih akan dipanggil dan dikumpulkan. Bahan–bahan yang tidak dimasukkan di dalam online akan kita hantar semasa summer kem.

 

Kenapa USIM dipilih sebagai pusat permata insan?

USIM dipilih sebagai pusat Permata Insan kerana USIM adalah sebuah universiti yang menggunakan dwibahasa iaitu Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris. Seterusnya visi kita adalah mempunyai dan melahirkan cendiakiawan yang mampu untuk berkomunikasi dalam pelbagai bahasa . Ia bukan hanya tertumpu kepada ilmu keislaman , ilmu medical,dan lain-lain tetapi,dalam masa yang sama individu ini mampunyai ilmu agama yang kukuh dan boleh melihat ilmu lain dari perspektif islam.

 

Berapa tahunkah mengambil masa untuk tubuhkan Permata Insan?

Sebenarnya permata insan ini sudah enam bulan ditubuhkan. Alhamdulillah semua pihak terlibat dalam menjayakan program ini. Kita juga mendapat kerjasama daripada tenaga pelajar kita dan sanggup bekerja lebih masa untuk membentuk program ini.

 

Apakah perbezaan permata insan dengan program permata lain?

Permata Insan adalah khusus kepada orang Islam yang berumur 8 tahun. Kita memilih umur lapan tahun kerana dalam permata insan ini kita mempunyai elemen hafazan. Kemudian dari aspek kandungan,terdapat perbezaan dari segi kurikulum. Contohnya Permata Pintar lebih menumpukan kepada sains. Manakala pada tiga tahun pertama, kita fokuskan kepada aspek agama dahulu. Kemudian barulah kita akan fokus kepada sains, matematik dan sebagainya. Selalunya mereka yang terpilih mestilah mempunyai asas agama yang kuat.

 

Apakah sumbangan yang boleh diberikan oleh kanak-kanak ke arah pembangunan negara?

Sebenarnya kita tidak akan menunggu sehingga kanak-kanak ini besar untuk memberikan sumbangan mereka kepada negara. Contohnya dalam kurikulum yang telah kita sediakan ada komunikasi verbal dan nonverbal. Dengan ini mungkin pada tahun kedua kita mahukan kanak-kanak ini mengeluarkan buku seperti buku-buku agama dan buku cerita. Sebenarnya modul kita ini akan membentuk kanak-kanak ini supaya boleh mengeluarkan buku ,mampu memberi ucapan dan berhujah.

 

Apakah harapan Prof terhadap program Permata Insan ini?

Harapan saya memang besar, saya berharap semoga kita mendapat kesinambungan cendekiawan-cendekiawan islam kita pada masa sekarang. Saya juga berharap program ini merupakan suatu program yang sudah lama diimpikan oleh masyarakat Islam. Jadi ini merupakan perkara yang patut kita hargai dan memberikan sokongan.

Back

Search site

© 2010 All rights reserved.