Model Ekonomi Baru selaras 1Malaysia

21/04/2010 23:11

Oleh: Fadhlin Ismail

Bermula dengan Rancangan Malaysia (RMK) kepada Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan terbaru Model Ekonomi Baru (MEB). Perubahan demi perubahan dilaksanakan selaras dengan pencapaian dan pembangunan negara. Rancangan Malaysia atau RMK ditubuhkan bertujuan untuk membasmi kemiskinan dikalangan penduduk. RMK ini mula ditubuhkan setelah tertubuhnya Malaysia. Manakala Dasar Ekonomi Baru pula ditubuhkan bertujuan untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional. Model Ekonomi Baru atau MEB ini pula ditubuhkan untuk meningkatkan produktiviti pekerja yang bermatlamat membantu mereka meningkatkan pendapatan.

Di dalam usaha untuk mencapai wawasan 2020 sekaligus mencapai status negara maju, perubahan dari segi ekonomi merupakan satu anjakan paradikma yang paling utama untuk mencapai sasaran tersebut. Matlamat ini boleh dicapai dengan memberikan satu nafas baru kepada institusi ekonomi negara dengan mewujudkan model ekonomi yang baru ke arah perubahan yang lebih baik. Penubuhan Model Ekonomi Baru ini merupakan satu cadangan kerajaan bagi membentuk ekonomi yang komprehensif selaras dengan matlamat pencapaian Negara.

Antara lain dasar ini ditubuhkan adalah bertujuan untuk meningkatkan pendapatan negara dari tahap yang sederhana kepada tahap yang lebih tinggi dan memuaskan. Ini dapat dijalankan melalui produktiviti yang bukan sahaja daripada penambahan waktu kerja tetapi juga peningkatan inovasi dan kreativiti pekerja. Ini kerana lonjakan produktiviti yang tinggi dapat dikesan melalui cara ini yang sememangnya telah diguna pakai oleh negara-negara maju bagi perkembangan negara. Perbincangan meja bulat oleh wakil-wakil negara luar telah diadakan bertujuan untuk menambah baikan cadangan model ekonomi baru ini.

Model Ekonomi Baru merupakan satu hasrat kerajaan didalam mewujudkan faedah kepada pekerja dan negara. Secara tidak lansung bakal mewujudkan daya saing yang tinggi dan mambawa kepada kemajuan yang lebih pesat. MEB ini juga bukan sahaja menggariskan model ekonomi yang komprihensif tetapi juga ekonomi asas yang membawa kepada hala tuju yang lebih cemerlang. Walaupun pelbagai gelaran diberikan kepada dasar-dasar ini, tetapi tujuan penubuhannya masih tetap sama iaitu meningkatkan dan memajukan institusi negara selaras dengan negara yang sedang membangun yang lain.

Bagi menghadapi cabaran perubahan ini, pelbagai bentuk ekonomi perlu diwujudkan. Bukan sahaja tertumpu kepada pengeluaran kelapa sawit dan getah sebaliknya juga perlu dipelbagaikan kepada penggunaan domestic dan pengeksportan bagi memanfaatkan pertumbuhan China, India dan Asia Barat. Pembangunan model insane juga perlu dititik beratkan demi untuk mewujudkan masyarakat yang harmoni dalam pencapaian itu nanti. Inilah dasar yang ditunggu-tunggu oleh masyarakat Malaysia dalam mengubah cara hidup yang lebih harmoni selaras dengan usaha kerajaan membentuk 1Malaysia yang bertujuan untuk mengurangkan jurang antara kaum. Model Ekonomi Baru ini bakal dilancarkan oleh kerajaan tidak lama lagi.

Back

Search site

© 2010 All rights reserved.