Larian Obor MASUM

17/04/2010 01:23

Nilai - Unit Sukan dan Rekreasi Pelajar (USRP) USIM, mengadakan acara Larian Obor MASUM pada 25 Mac sempena penglibatan USIM sebagai tuan rumah dalam kejohanan sukan universiti-universiti pada tahun ini. Acara bermula di kompleks sukan pavilion jam empat petang, kemudian bergerak ke FKP, seterusnya menuju ke FSU, FST, di ikuti FPQS lalu menuju ke canselori dan berakhir semula di kompleks sukan pavilion. Dato’ Asin bin Dolah, Timbalan Naib canselor USIM membawa obor menuju ke kompleks sukan pavilion sebagai tempat penamat larian tersebut.

Menurut Mohd Shahrul Faizie Mohd Zaini, yang dipertua Persatuan Mahasiswa FKP, seramai 30 orang pelajar FKP mengikuti larian tersebut. Dr Radhi, Timbalan Dekan FKP membawa obor sehingga ke FSU sebelum pertukaran membawa obor di buat oleh wakil FSU. Menurut Saidatul Shida, anggota SUKSIS tahun dua berkata, “ saya menyertai larian tersebut setelah diarahkan oleh pegawai SUKSIS untuk memeriahkan acara larian, juga sebagai tanda sokongan dalam Larian Obor ini.”

Selain itu, Noraisyah Maulan ,22, peserta larian FKP menyatakan harapan beliau agar USIM dapat menggunakan platform sebagai tuan rumah MASUM untuk di kenali dipersada universiti dan juga dapat memberi peluang kepada atlit USIM menggilap bakat-bakat mereka di arena sukan antarabangsa. Acara larian obor MASUM ini berakhir jam 6.30 petang dengan penutupan ucapan aluan oleh Dato’ Asin bin Dollah, Timbalan Naib Canselor USIM.

Back

Search site

© 2010 All rights reserved.