Keputusan SPM 2009 membanggakan

20/04/2010 00:31

Oleh: Nor Asiah Mohammed

Seramai 7,987 atau 1.99 peratus calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 memperoleh gred cemerlang (A+, A dan A-) bagi semua mata pelajaran yang diambil, berbanding 6,277 atau 1.6 peratus pada tahun lalu Daripada jumlah itu, 214 calon Kementerian Pelajaran serta 41 calon persendirian, swasta dan tajaan agensi, mendapat gred cemerlang tertinggi A+ mengikut penggredan baru yang mula diperkenalkan tahun lalu. Menerusi penggredan baru itu, pelajar diberikan gred berdasarkan kecemerlangan peperiksaan dengan kategori A+, A, A-, B+, B, C+, C, D, E dan G.

Manakala pencapaian calon perempuan masih mengatasi pencapaian calon lelaki iaitu sebanyak 0.85 mata diukur daripada nilai gred penilaian masing-masing. Nilai gred penilaian calon perempuan ialah 4.94 mata manakala nilai gred penilaian calon lelaki ialah 5.79 mata. Daripada 7,987 calon cemerlang, seramai 3,304 (41.37%) adalah calon lelaki berbanding 4,683 (58.63%) adalah calon perempuan.

Nik Nurmadiha telah diumumkan sebagai pelajar cemerlang untuk result SPM 2008. Tetapi untuk tahun ini, Gladys Tan Yee Kim daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Green Road, Kuching, Sarawak diumumkan sebagai pelajar terbaik SPM 2009 yang mana keputusannya mengguna pakai perkiraan sistem gred terbaru bagi result SPM 2009. Gladys Tan Yee Kim Berjaya mendapat keseluruhan gred cemerlang (A+) bagi kesemua 10 mata pelajaran yang didudukinya.

Bagi sekolah terbaik di Malaysia Sijil Pelajaran Malaysia 2009 ialah Sekolah Menengah Sains Seremban, Negeri Sembilan muncul sebagai sekolah terbaik. Manakala sekolah terbaik bagi maktab rendah sains mara ( MRSM ) pula ialah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping, Perak

‘Nilai gred penilaian calon perempuan ialah 4.94 mata manakala nilai gred penilaian calon lelaki ialah 5.79 mata’

Back

Search site

© 2010 All rights reserved.