Kekejaman terhadap bayi dan kanak-kanak semakin serius

19/04/2010 19:50

Oleh: Nor Asiah Mohammed

Masalah pembuangan bayi dan penderaan kanak-kanak bukanlah satu perkara yang baru. Malah, gejala tersebut telah dikesan sejak sekian lama dahulu dan pernah dihebohkan beberapa tahun yang lalu. Kini gejala pembuangan bayi dan penderaan kanak-kanak hangat diperkatakan semula berikutan daripada kes-kes yang dilaporkan sama ada dalam keadaan hidup atau mati, di meratarata tempat. kes-kes ini semakin parah dan tidak terkawal lagi kerana ramai bayi dan kanak-kanak menjadi mangsa manusia yang tidakberperikemanusiaan.Kebiasaannya bayi-bayi malang ini dibuang di dalam longkang,tong sampah dan didalam semak.Tetapi kini cara pembuangan bayi lebih teruk lagi dan kejam kerana ada yang sanggup membakar dan membunuh bayi untuk mengelakkan diri mereka dimalukan oleh masyarakat sekeliling.

Menurut satu kajian di Malaysia, pembuangan bayi ini meningkat selepas berlakunya sambutan perayaaan seperti Valentine’s day,tahun baru dan perayaan krismas. ini kerana ramai bayi luar nikah yang dilahirkan selepas 9 bulan sambutan perayaan tersebut. Ini bukanlah satu perancangan atau kebetulan, tapi ia adalah kesan gejala sosial yang semakin meningkat di kalangan remaja pada hari ini. Namun, isu ini telah lama diketengahkan oleh banyak pihak. Ada yang menangis mengenangkan nasib ciptaan Allah ini yang tidak dipandang dan dicampak merata-rata seolah-olah ianya sesuatu yang Allah ciptakan tanpa nyawa.

Padahal ianya adalah ciptaan Allah yang suci dari sebarang dosa tetapi dilahirkan daripada dosa insan yang bernafsukan syaitan. Sebagaimana kes bakar bayi di dalam tong sampah yang berlaku di kuala krai, beberapa bulan yang lalu. Perbuatan ini amat kejam dan tidak berperikemanusiaan kerana sanggup membakar bayi yang baru dilahirkan itu. Ini menunjukkan manusia sekarang sudah tidak takut kepada dosa kerana sanggup melakukan perbuatan sekejam ini.

Pihak kerajaan juga telah banyak membuat tindakan yang sewajarnya untuk mengatasi masalah ini seperti kempen kesedaran kepada para remaja, pertunjukan kesan daripada pembuangan bayi dan mengenakan denda atau hukuman seperti penjara 20 tahun kepada sesiapa yang didapati bersalah melakukan jenayah ini. Namun, usaha ini tidak memberi kesan kepada para remaja malah ianya semakin menjadi-jadi sehingga tidak dapat dibendung lagi.

 Manakala penderaan terhadap kanak-kanak juga semakin serius di kalangan masyarakat kita sekarang ini sebagaimana yang di laporkan akhbar tentang kematian seorang kanak-kanak akibat penderaan oleh jirannya. Anak-anak merupakan anugerah Allah yang amat berharga kepada setiap pasangan suami isteri. Mereka merupakan penyambung zuriat dan pewaris kepada sesebuah keluarga. Adanya anak justeru bertambahlah rezeki yang Allah berikan kepada setiap pasangan yang telah berkahwin. Mereka juga sebagai penghibur di dalam rumah tangga dengan hilai tawa dan tangisan yang senantiasa memerlukan belaian kasih sayang secukupnya daripada ibu bapa. Namun, sekarang kita telah mendengar pelbagai kes penderaan kanak-kanak berlaku di sana sini yang semakin berleluasa sebagaimana yang telah disiarkan di dalam akhbar dan berita di televisyen. Penderapendera ini boleh dikategorikan sebagai tidak berhati perut kerana ada anta pendera-pendera itu ialah ibu bapa kandung kepada mangsa.

Penderaan berlaku dalam pelbagai bentuk. Bentuk penderaan yang paling lazim dilaporkan kepada profesion perubatan adalah penderaanfizikal dan seksual. Malangnya penderaan emosi tidak mendapat perhatian yangserupa walaupun penderaan jenis ini didapati kerap berlaku di kalangan kanakkanak sama ada secara berasingan atau bersama-sama dengan jenis penderaan lain. Penderaan emosi kerap terjadi dengan tidak ketara tetapi kesannya terhadap perkembangan fizikal dan mental di kalangan kanakkanak sangat jelas sehingga memerlukan rawatan Sepertimana firman Allah dalam surah Al-A’araf ayat 179: 

Sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakkannya daripada jin dan manusia,mereka mempunyai hati (tetapi) tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat allah), mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakan untuk melihat (bukti keesaan allah) dan mereka mempunyai telinga(tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ajaran dan nasihat). Mereka itu seperti binatang ternakan,bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai”.

Antara faktor terjadinya pembuangan bayi ini kerana kurangnya kefahaman tentang ilmu agama dalam kehidupan masyarakat hari ini dan tidak mahu mempelajarinya secara menyeluruh dan hanya segelintir sahaja yang ingin mempelajari tentang agama.Apabila kurangnya ilmu pengetahuan tentang agama maka gejala bebas dalam pergaulan dan amalan seks tanpa batasan di antara lelaki dan perempuan akan berlaku.Ini meyebabkan mudahnya terjebak dalam kes pembuangan bayi kerana takut dan malu kepada keluarga serta masyarakat.

Selain itu,tayangan filem berunsur seks oleh media elektronik seperti video lucah, gambar pornografi di dalam internet dan juga telefon bimbit juga sudah menjadi trend remaja masa kini, malah mereka sanggup membeli gambar tersebut daripada rakan mereka.Masalah ini turut menjadi punca untuk merangsang remaja terjebak ke lembah perzinaan yang membawa kepada lahirnya anak luar nikah di samping berleluasanya program-program hiburan yang melampau dalam masyarakat kita.

Manakala terdapat banyak factor atau punca berlakunya kes-kes penderaan kanak-kanak ini. Antaranya ialah, bagi ibu bapa yang tekanan di tempat kerja. Masalah dan tekanan di tempat kerja dibawa balik ke rumah dan mereka melepaskan tekanan tersebut kepada anak- anak yang tidak berdosa. Tabiat anak-anak yang masih kecil memang suka merengek kerana mereka perlukan perhatian daripada ibu bapa. Tindakan ibu bapa yang melepaskan geram dan tekanan mereka  kepada anak-anak yang merengek kerana perlukan sesuatu adalah merupakan satu tindakanyang tidak masuk akal. Ibu bapa yang tidakberfikiran matang ini mungkin akan memukul, menerajang, mencucuk putung rokok, atau sebagainya. Apalah dosa mereka sehingga diperlakukan sebegitu.

Faktor lain yang menjadi punca penderaan kanak-kanak adalah kerana masalah kewangan yang dihadapi oleh sesebuah keluarga itu. Masalah kewangan yang melanda sesebuah keluarga akan menyebabkan mereka bertindak ganas terhadap anak-anak. Jika anakanak meminta duit belanja atau keperluan lain, sudah semestinya anak akan menjadi mangsa sepak terajang mereka. Keadaan sebegini amat menyedihkan kerana anak-anak tidak sepatutnya diperlakukan sebegitu pada usia mereka yang masih memerlukan kasih sayang dan perlindungan. Jika masalah kewangan melanda sesebuah keluarga janganlah dilepaskan kepada anakanak dan fikirlah cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah. Mintalah pertolongan daripada Allah supaya hati kita lebih tenang.

Oleh itu, gejala seperti ini tidak akan ada penghujung sekiranya tiada kesedaran di kalangan masyarakat.

Back

Search site

© 2010 All rights reserved.