EL NINO: Apakah persediaan anda?

20/04/2010 00:33

Oleh: Fadhlin Ismail

El Nino atau lebih dikenali sebagai musim panas yang teruk telah melanda negara kita sejak akhir-akhir ini. Perubahan cuaca yang berlaku seperti ini bukanlah fenomena luar biasa yang berlaku di sesuatu tempat seperti tsunami yang menyerang asia suatu masa dahulu. El Nino ini berlaku akibat daripada perubahan monsoon yang mengikut putaran bumi dimana permukaan bumi terbahagi kepada tiga bahagian. Antaranya pasifik barat, pasifik tengah dan pasifik timur.

Di Asia contohnya keadan kemarau yang teruk melanda setiap Negara dengan kekurangan air dan sebagainya. Tetapi sebaliknya pula berlaku di negara barat atau lebihdikenali sebagai pasifik barat. Sebagai contoh Amerika, Maxico dan sebagainya pula mengalami musim banjir yang teruk akibat daripada perubahan ini. Perubahan monsoon ini akan berlaku setiap daripada tiga hingga tujuh tahun sekali.

    Musim panas yang teruk sebegini pastinya akan mendatangkan pelbagai masalah kepada masyarakat. Ini kerana sumber air yang paling utama akan mengalami kekeringan dalam kadar waktu yang singkat.

Musim panas yang teruk sebegini pastinya akan mendatangkan pelbagai masalah kepada masyarakat. Ini kerana sumber air yang paling utama akan mengalami kekeringan dalam kadar waktu yang singkat. Pelbagai penyakit juga akan mula menyerang masyarakat yang tinggal di luar bandar dan kawasankawasan yang kurang mendapat bekalan air bersih. Antara penyakit yang biasa berlaku pada musim kemarau ini seperti penyakit taun dimana kurangnya bekalan air bersih yang digunakan untuk aktiviti harian seperti makan dan minum merupakan suatu risiko penyebab penyakit ini.

Kanak-kanak terutamanya akan lebih terdedah kepada risiko peyakit ini. Ini kerana mereka tidak akan faham kepentingan menjaga kesihatan di musim panas ini. Ibu bapa patut memainkan peranan yang lebih penting dalam menanganinya dikalangan keluarga mereka, disamping pihak kerajaan cuba mencari jalan untuk membekalkan bekalan air bersih kepada penduduk. Jika terdapat sebarang tanda-tanda seperti demam, muntah-muntah, hilang selera makan dan cirit-birit dinasihatkan supaya terus dapatkan nasihat doktor supaya masalah tersebut tidak berlarutan.

Selain daripada penyakit yang boleh membawa maut itu, dikhuatiri juga masalah seperti pembakaran hutan, ladang dan sebagainya secara tibatiba akibat daripada pemanasan yang terik. Apabila berlakunya pembakaran ini, secara tidak langsung negara kita dan Negara sekitar seperti Indonesia, Singapura dan sebagainya akan mengalami masalah jerebu yang teruk. Masalah jerebu ini akan menyumbang kepada masalah pernafasan akut yang teruk kepada penduduk. Akibatnya, mereka yang mengalami masalah asma yang teruk dinasihatkan mendapatkan bekalan ubatan yang cukup. Masyarakat juga dinasihatkan agar meminimumkan aktiviti luar rumah yang terdedah kepada kesesakan pernafasan.

Orang ramai juga dinasihatkan agar menanam sampah sarap bagi mengelakkan daripada berlakunya pembakaran secara terbuka yang akan mengundang bahaya pada masa hadapan. Ini secara tidak langsung dapat menyelamatkan kesan rumah hijau daripada termusnah. Pembakaran hutan-hutan simpan sebenarnya secara tidak langsung akan menyumbangkan masalah ketika berlakunya proses perubahan monsoon. Ini kerana, ombak besar yang melanda pesisir pantai tidak mempunyai sebarang banteng seperti pokok-pokok bakau yang selama ini menjadi penghadang kepada ombakombak ini yang biasanya terjadi akibatdaripada peralihan monsoon.

Jerebu yang terhasil daripada pembakaran hutan atau ladang itu tadi, secara tidak langsung sedikit sebanyak dapat melumpuhkan ekonomi Negara, dengan keadaan penduduk yang terpaksa mengurangkan aktiviti harian mereka pastinya banyak syarikat yang akan menutup premis mereka seketika. Ini pastinya akan menyebabkan kurangnya pertukaran mata wang asing bagi sector ekonomi Negara dan kemelut politik turut terjejas. Apa yang lebih membimbangkan apabila kurangnya pelancong yang akan keluar masuk Negara akibat daripada masalah jerebu yang melanda negara. Sudah pasti Negara akan menghadapi masalah kegawatan ekonomi yang berpunca daripada masalah jerebu yang melanda akibat kesan daripada kemarau tersebut.

Pelbagai usaha telah diambil oleh pihak kerajaan antaranya mengadakan hujan tiruan untuk menyejukkan permukaan bumi yang sedia panas. Suatu cairan akan dilepaskan ke permukaan awan untuk menghasilkan hujan tiruan ini. Biasanya pembenihan hujan tiruan ini akan dilepaskan dikawasan-kawasan tadahan air yang disifatkan sebagai kering dan berjaga-jaga. Selain daripada itu, pihak kerajaan turut membina empangan simpanan air yang besar bagi negeri-negeri yang dibimbangi menghadapi masalah kekeringan sumber utama ini. Oleh yang demikian, sebagai masyarakat yang prihatin terhadap persekitaran dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan menjaga kesihatan dimusim ini.

Back

Search site

© 2010 All rights reserved.