Mahasiswa dan Hiburan

Oleh:Norzira Syarini Binti Mohammed Pauzi

Hari ini jika 10 mahasiswa ditanya siapakah Mawi World mungkin tujuh dari mereka yang kenal, atau nama sebenarnya Asmawi Ani merupakan Juara program realiti Akademi Fantasia tiga (AF3). Namun, apabila ditanya mengenai anak melayu yang bernama Irma NurZahrah Junia, jangankan 10, tanya 1,000 mahasiswa pun belum tentu ada yang mengenali beliau.Anak Gadis berumur 22 tahun ini merupakan pemidato terbaik dunia apabila beliau mengalahkan peserta dari Universiti British Columbia dan Universiti Alberta Kanada pada peringkat akhir Kejuaraan debat university dunia yang diadakan di Universiti Teknologi Nanyang, Singapura yang telah di sertai 1,000 peserta lebih dari 100 universiti termasuk Malaysia.Inilah manifestasi kemelut mahasiswa sekarang yang kini susah menilai antara kaca dan permata. Budaya mengidolakan artis atau berhibur semakin menjadi-jadi dewasa ini malah ada kalanya pada tahap yang melampaui batas. Jika tiada hiburan,majlis dan program seakan tidak sempurna.

Daripada progam amal sehinggalah ke program motivasi mahasiswa, artis mendapat  tempat amat istimewa pada mata penganjur. Mungkin inilah puncanya sehingga ulama terpaksa bersuara agak nyaring sehingga menusuk gegendang telinga banyak pihak yang mendengar. Terdapat juga pihak khususnya mahasiswa yang ingin menggunakan artis bagi menarik minat lebih ramai untuk tujuan tertentu kononnya pendekatan yang lebihislamik. Persoalannya mengapa mesti hiburan? Dalam saat mahasiswa mengalirkan airmata kegembiraan tamatnya belajar dan selesai majlis konvokesyen masingmasing, masih ramai juga yang menitiskan air mata gembira akan kemenangan artis pujaan mereka yang turut memakai “jubah” saat menerima anugerah kemenangan realiti TV. Apakah usaha artis tersebut setanding usaha yang mahasiswa yang berjaya menamatkan pengajian walaupun cacat penglihatan dan anggota? Apa sudah jadi? Sindrom berhibur melampau ini sebenarnya menampakkan kecetekan jiwa dan minda mahasiswa yang sejak sekian lama dalam krisis yang sukar di bendung. Masalah ini telah lama menjadi topik perbualan dalam pelbagai perbincangan,tulisan, seminar inisiatif cerdik pandai dan pemimpin melayu. Malahan sehingga kini masih sukar untuk di rungkai.

Berhibur tidak salah jika kena pada tempat dan caranya. Tetapi berhibur semata-mata bukanlah mencerminkan mahasiswa yang merdeka. Hidup penuh hiburan adalah simptom kejatuhan dan keruntuhan sesuatu tamadun terutamanya bagi mahasiswa yang sukar menilai baik dan buruknya hiburan tersebut. Allah swt tidak melarang manusia berhibur mengikut aturan yang benar dengan petunjuk-Nya,tetapi Allah akan mengangkat darjat orang yang berilmu. Jika mahasiswa mendambakan kejayaan duniawi dan ukhrawi maka hendaklah menjadi hamba kepada ilmu dan bukanlah menjadi abdi kepada hiburan.

Mahasiswa kini di dedahkan dengan pelbagai bentuk hiburan yang sememangnya banyak pro dan kontra.Selain muzik, budaya dan etika berpakaian, hobi, aktiviti riadah, yang paling ketara adalah hiburan yang boleh di akses melalui internet. Allah swt menyebut dimensi sebenar mengenai isu budaya dan kesenian ini menerusi ayatnya yang suci.

“Mereka akan ditimpa kehinaan, kecuali berpegang teguh pada ajaran agama Allah iaitu hablumminallah dan juga nilai-nilai kemanusiaan iaitu yang disebutkan sebagai hablumminannas. (Ali Imraan ayat 112)

Ceteknya ilmu berkaitan isu berat di kalangan mahasiswa bukanlah perkara baru. Meskipun banyak kempen dijalankan bagi menyedarkan mereka mengenai pentingnya menambah pengetahuan sedia ada, tarikan keseronokan, idolaartis atau gosip panas di luar kepentingan ilmu tetap menjadi pilihan. Natijahnya, bukan saja mahasiswa hari ini dilabelkan mempunyai tahap pengetahuan rendah, malah semakin menyukarkan mereka memperoleh peluang pekerjaan kerana gagal sewaktu sesi temuduga meskipun mempunyai kemahiran atau pencapaian baik.

Jika dikaji perbezaan mahasiswa sekarang dengan mahasiswa dulu adalah amat berbeza. Mahasiswa dulu hanya mempunyai satu wawasan untuk menjadi mahasiswa cemerlang . Tiada internet , televisyen pun kurang . Hal ini menyebabkan mahasiswa dahulu lebih berusaha dalam mendapatkan hiburan yang baik bagi menjamin kehidupan yang lebih sihat. Hiburan dengan mahasiswa sekarang sukar di pisahkan. Teknologi hari ini adalah pemangkin kepada perkembangan ilmu, sekiranya di manfaatkan. Semua maklumat berada di hujung jari sesiapa sahaja. Malangnya tidak semua yang bijak dalam menilai dan menggunakan peluang ini.

Search site

© 2010 All rights reserved.