Kejohanan Futsal bawah 12 tahun

18/04/2010 11:14

NILAI – Program Sarjana Muda Pendidikan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menganjurkan satu kejohanan Futsal bawah 12 tahun dengan kerjasama Prokids Academy pada 14 Mac 2010 yang bertempat di Pusat Sukan USIM.

“Anak salah seorang pensyarah kami belajar di Prokids Academy, jadi beliau mencadangkan kami  menganjurkan kejohanan ini dan bekerjasama dengan Prokids Academy,” ulas pengarah kejohanan ini, Mohamed Noor Azizai bin Mohamad Bakeri, 23, FPBU. Menurut beliau lagi, program ini merupakan salah satu kerja kursus bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Kejohanan ini mendapat sambutan penyertaan dari seluruh negeri di Semenanjung Malaysia.

Pada awalnya, terdapat 16 pasukan yang berdaftar untuk bertanding di kejohanan ini namun atas masalah tertentu tiga pasukan telah menarik diri di saatsaat akhir. Antara pasukan yang terlibat dalam kejohanan ini adalah pasukan dari Sekolah KLIA, Sekolah Jenderam Hilir, Sekolah Kota Warisan, pasukan dar Prokids Academy, pasukan Fido Dido Junior, Kelantan FC dan banyak lagi.

Johan telah disandang oleh pasukan Kelantan FC. Seterusnya, naib johan disandang oleh pasukan dari sekolah Jenderam Hilir dan tempat ke tiga disandang oleh Sekolah Kota Warisan. Johan telah membawa pulang bersama wang berjumlah RM 400 beserta pingat. Naib Johan pula membawa pulang RM 200 beserta pingat dan tempat ke tiga membawa pulang RM 150 beserta pingat. Sijil penyertaan dan cenderahati dari fakulti juga turut diberikan kepda setiap pasukan yang menyertai kejohanan ini.

Yuran penyertaan yang dikenakan kepada setiap pasukan adalah RM 60. Kejohanan Futsal ini diadili oleh pengadil dari Pusat Sukan dan Rekriasi USIM. Selain kejohanan Futsal ini, terdapat aktiviti tambahan yang dijalankan semasa kejohanan berlangsung iaitu Individu Skill. Aktiviti ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu, passing ball, balance ball dan dreble ball. “Harapan saya agar kejohanan Futsal ini dapat dijadikan kejohanan tahunan USIM bagi masa akan datang dan seterusnya pihak USIM dapat menjalin hubungan baik dengan Prokids Academy kelak,” ujar Dr Noor Azizi Ismail, Ketua Program Pendidikan dalam ucapan beliau semasa majlis penutupan kejohanan tersebut.

Back

Search site

© 2010 All rights reserved.